Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Pandai Balut Ketupat Tak?

Puasa dah mak dekat ni.. Berapa minggu ja lagi ni... Haa, korang semua dah cari baju raya? Kasut raya? Duit raya? Eh! Duit raya time raya la Kak Ann... Okay, okay, sorry... Excited sangat nak raya.. Even puasa pun belom lagi.. Hehehe. Kak Ann ada satu soalan ni? Korang pandai ke balut ketupat? Kalau macam Kak Ann ni, Kak Ann cuma pandai balut ketupat 3 segi tu je.. Tak tau pulak nama apa ketupat tu. Siapa tau, haa.. Cer komen sikit. Kak Ann ni kalau nak suruh buat ketupat petak2 4 segi ke, ketupat burung ke, apa-apa ketupat pon.. Haa.. Mintak maaf lah yer.. Memang tak jadi la... Silap-silap, tetamu tak makan ketupat, haa.. Makanlah daun daun palas cicah rendang ayam 😂😂😂. Rendang boleh gagah lagi masak hanya dihujung jari walaupun tak bape sodap! Tapi kalau bab nak mengkias jari nak pusing sana pusing sini nak dijadikan ketupat tu... Alahai... Kena pi beljar kat tok guru nampaknya... Memang tak reti. Hahaha... OK tu je yang Kak Ann nak cerita... S...

Domino's Pizza Staff Attitude (Malaysia)

Selamat petang semua... Semua tengah santai-santai ke ni? Kak Ann sepatutnya hari kerja tapi shift closing tapi Kak Ann malas nak pergi... Sebab shift closing adalah shift yang paling penat tambah pulak dengan deraan mental dan fizikal... Gila mulut macam puaka. Itu staff di Domino's Pizza tempat Kak Ann la.. Tempat lain Kak Ann tak tau macam mana. Cakap pasal attitude atau perangai ni. Kak Ann nak cerita sikit la perngai staff kat tempat kerja akak ni. 1. Cakap Tak Serupa Bikin Diorang ni memang cakap tak serupa bikin. Main bedal je nak kata apa pun, nak maki apa pun ikut suka hati dioranglah. Tambah yang otai-otai yang rasa dah lama sangat kerja. Padahal staff dominos je kot... Nama Domino's Pizza tu yang nampak mahal. Tapi gaji dia? Ciput! Sama dengan sehari makan jee... Tak padan.. Ya la, gaji sejam RM4.85 selalunya pekerja akan kerja dalam 4-8 jam sehari mengikut jadual kalau kerja 8 jam baru RM38.80 lain korang masak beras jadi bubur semata-mata memang jimat. Perangai ...

Gila Kerja di Domino's Pizza

Assalamualaikum! Hai! Apa khabar semua? Baik? Alhamdulillah... Tak sihat? Kurang baik? Tak apa banyak-banyakkanlah bersabar... Doa yang baik-baik insyaallah... Baiklah kita dapat... Okay, dah berapa hari tak update blogkan? Hari ni.. Kak Ann terasa nak update blog nak cerita pengalaman seterusnya hidup kak Ann... Semua dah bacakan topik apa? Gila tu boleh membawa macam2 masuk bg orang melayu ni.. Gila kepala otak ke, gila kuasa ke, rasa nak jadi gila ke, gila sebab marah ke.. Dan macam-macam gila lagilah. Okay, jenis gila yang Kak Ann lalui ni ialah gila kena buli. Ya la... Kak Ann baru dua minggu macam tu kerja kat dominos and hari ni baru hari ke-2 Kak Ann keja malam... Keja siang dengan keja malam pekerjanya berbeza2.... Kak Ann selalu masuk middle.. Tetiba start semlm kena kerja malam... Ya Allah... Kerja tu biasa saja.. Tp yg sakit hatinya bila bekerja dengan orang bangan tambah sawan! Tau lah kau kerja lama pun... Tp agak-agak arr nak toucher orang pon... Nasib aku ni bakal dok...

Pengalaman Seminggu Bekerja Di Domino's Pizza

Wau! Pejam celik pejam celik dah seminggu rasanya Kak Ann bekerja di Domino's Pizza. Kerja tak susah sebab Kak Ann kerja 4 jam je sehari. Pukul 12 tnghari start kerja pukul 4 petang dah cau balik rumaj sambung tido,senangkan kerja??? Tak terasa penatnya... Sebab kejap sangat... Tapi tu lah... Yang Kak Ann tak puas hati ni... Dahlah gaji ciput! Manager pulak asyik bagi cutiiii... Je... Ya la... kak Ann tau la Kak Ann ni part time, tapi takkan la asyik nak bagi cuti je. Sejam kerja RM4.85 sehari 4 jam je kerja...  Lebih kurang RM19 lebih je... Sekarang ni Kak Ann baru kerja 5 hari dalam masa seminggu ni. Uihh.. Ciput sangat tu gaji Kak Ann.. Mana nak bayar pengajian lagi... Nak potong KWSP la... Dah tinggal berapa dah gaji Kak Ann??? Ohhh! No... No.. No... No.. No... So, disebabkan oleh itu. Kak Ann bercadang nak cari kerja baru yang kerja dia 6 jam sehari pun tak apa asalkan ada gape untuk Kak Ann beljar. Means mcm kerja smpai pukul 3 petang ke.. Ya la Kak Ann tuisyen start pukul ...

Day 3 at Domino's Pizza

Assalamualaikum!!!! Apa habaq semua!!! Sehat kaaa??!!! Hehehe... Hari ni Kak Ann dah masuk hari ke-3 kerja kat Domino's nuh. Hari ni best pulak kerja noh... Tak dak la stress sangat.. Yang Kak Ann stressnya ialah... 1. Minyak petrol . Ya la... Minyak petrol la... Tak payah tanya Kak Ann la brand apa petrol tu, asalkan kereta motor boleh jalan sudah.. Sebab Kak Ann kadang-kadang pi ngan motor, tak pun abah Kak Ann yang hantar kan.. So, dua tu kena pakai minyak nak bergerak.. Al maklumlah. Zaman 2017 ni minyak naik memanjang... Moga-moga murahlah rezeki dok ulang alik pi kerja dengan minyak yang mahau tu ya. 2. Gaji Gaji Kak Ann ni ikut jam... Sebab Kak Ann ni part time.. Part time ni susah nak dapat kerja normal... Sejam kerja kat Domino's tu sama dengan RM4.85 jadi hari ni dah hari ke-3 Kak Ann kerja sama dengan sehari kerja 4 jam... Jadi bolehlah dapat RM58.20. 3 hari kerja baru dapat rm58.20??!!! Dulu Kak Ann kerja kilang sehari kerja dah dapat RM60.00. Bayaq van sebulan...

Okay Tak Kerja Dominos?

Assalamualaikum semua... Hai! Okay, ramai tanya Kak Ann okay tak kerja Dominos? Kak Ann dah masuk 2 hari kerja. So far, first day kerja okay... Staff semua baik2... Kak Ann rasa macam dialu-alukan kerja kat situ. First day lagi diorang dah ada buat lawak la... Happy! Tapi masuk je hari ke-2 iaitu hari ni... kak Ann dah kurang have fun pulak rasa.. Sebab staff lain2 setiap hari... Sebab banyak staff yang ambik part time termasuk Kak Ann... So, ikut harilah... Kalau hari yang Kak Ann kerja tu... Dapat staff yang have fun macam first day kira okay la have fun sangat kerja dah lah berapa jam je kan kerja... Tapi kalau dapat yang kurang have fun macam yang hari ni. So, nampaknya korang kena sabar banyak2...istigfar dalam hati.. Sebab Kak Ann orang baru, jadi diorang tak berapa nak ramah mesra sangat la... Ada jugak benda yang Kak Ann tak puas hati kat sini. Ya lah! Kak Ann orang baru kot! Ada ke patut diorang paksa Kak Ann buat kerja2 susah dengan sekali ajar? Dia ingat Kak Ann ni Boboboi...

Kak Ann Nak kena Suntik?!

Assalamualaikum...  Hai para pembaca blog Kak Ann! Okay, tengah-tengah malam yang krik.. Krik..  Ni kan, kak Ann tak boleh tido, so Kak Ann nak membebel kejap. Apasal Kak Ann tak boleh tido? Actually, gementar sebab esok Kak Ann nak kena pergi buat suntikkan typhoid. Suntikkan typhoid tu apa? Suntikkan typhoid tu adalah suntikkan untuk orang yang mengedalikan makanan... Tak kesahlah makanan apa pun. Macam Kak Ann, Kak Ann kerja di Dominos Pizza.. So! Sebelum masuk kerja manager Kak Ann kata WAJIB! Kena dapatkan suntikkan typhoid dulu.. Untuk apa suntikkan typhoid tu? Sebenarnya, Kak Ann pun tak berapa pasti. Tapi berdasarkan beberapa artikel yang Kak Ann baca. Suntikkan typhoid ni adalah untuk mengelakkan dari terkena apa-apa jangkitan penyakit la.. Untuk diri kita dan juga customer.. Ya la, kita nak buat kerja urus makanan nak bagi orang makan of course kena bersih-bersihkan? Nanti naiya pulak orang makan sakit perut, cirit-birit, siapa yang nak disalahkan? Orang yang m...