Cita-cita

Okay! Semua dah bacakan tajuk kak Ann? CITA-CITA. kak Ann percaya kat dunia ni semua orang ada cita-cita. Termasuklah kak Ann sendiri. Cita-cita kak Ann banyak.... Tapi, cita-cita utama kak Ann yang kak Ann impikan dari kecil lagi ialah kak Ann nak jadi doktor.

Kak Ann minat sangat dengan pekerjaan ni. Bukan sebab ada gaya, bukan sebab gaji mahal, bukan sebab dipandang tinggi. Tapi sebab kak Ann kejarkan ilmunya. Kak Ann nak belajar tentang ilmu perubatan agar kak Ann tau procedurenya dan kak Ann harap dapat bantu orang yang memerlukan.

Sekurang-kurangnya kak Ann ada qualification tentang medical, ya tak? Kak Ann pun bukannya belajar pandai sangat masa SPM dulu... Tapi bak kata pepatah la kan... Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. So, no excuse! Orang yang malas boleh je bagi beribu berjuta alasan untuk gagal. Tapi orang yang rajin adalah orang yang sabar mencari berjuta jalan untuk berjaya. Begitu jugak kak Ann.

Orang penah cemuh kak Ann hanya berangan di atas angin. Mana boleh kak Ann jadi doktor? SPM kak Ann pon 2A je kot... Subjek killer semua ke dasar laut! Sedihkan bila orang kecam cita-cita kita hanya kerana orang pandang kelemahan kita. Tapi kak Ann tak putus asa... Kak Ann usaha jugak. Kak Ann masuk kolej swasta,kak Ann ambik dip mkmal perubatan dan kak Ann buktikkan yang kak Ann pon boleh. Dengan rezeki Allah. Kak Ann dapat 3.33 flat. Memang la tak dekan. Tapi ok la bagi org macm kak Ann yg selalu dikecam, yang selalu dikutuk tak hebat. Tapi sayang... Rezeki kak Ann cuma sampai sem 1 je.. Masuk je sem 2 kak Ann berenti sebb ada masalah peribadi sikit. Kak Ann suka beljar situ. Tapi tak da rezeki yang panjang untuk kak Ann belajar kat situ. Nak buat macam mana.. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Jadi, kepada para pembaca yang nak kejar cita-cita yang tinggi tu walaupun kena pandang rendah, korang teruskan je. Yang nak hidup, yang nak lalui semua tu korang, bukannya diorang, nanti bukan diorang pun yang nak bagi makan korang. Orang yang pekak lebih berjaya dari orang yang buta namun pendengarannya jelas. Kerana orang yang pekak dia tak dengar ayat-ayat negativ ni, hanya melihat riaksi manusia je, dan riaksi mereka kita boleh tafsirkan dalam pelbagai cara untuk menambah semangat dalam diri. Orang buta, biar pun buta, namun telinganya masih mampu mendengar. Kerana mendengar cakap2 kosong oranglah kita takkan kemana2, hanya satu yang kita boleh percaya, diri kita sendiri. Percayalah pada diri dan dengarlah kata hati.

Kak Ann sekarang dalam perjalan untuk ambik STPM persendirian alirang sains. 5 subjek yang kak Ann perlu tempuh. Doakan kak Ann ya... Semoga urusan kakAnn dipermudahkan insyaallah.. Kak Ann pun doakan para pembaca blog kak Ann semuanya berjaya, Insyaallah... Kita sama-sama menuju kejayaan.

Sekian...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Seminggu Bekerja Di Domino's Pizza

Okay Tak Kerja Dominos?

Gila Kerja di Domino's Pizza