Okay Tak Kerja Dominos?

Assalamualaikum semua... Hai! Okay, ramai tanya Kak Ann okay tak kerja Dominos? Kak Ann dah masuk 2 hari kerja. So far, first day kerja okay... Staff semua baik2... Kak Ann rasa macam dialu-alukan kerja kat situ. First day lagi diorang dah ada buat lawak la... Happy! Tapi masuk je hari ke-2 iaitu hari ni... kak Ann dah kurang have fun pulak rasa.. Sebab staff lain2 setiap hari... Sebab banyak staff yang ambik part time termasuk Kak Ann...

So, ikut harilah... Kalau hari yang Kak Ann kerja tu... Dapat staff yang have fun macam first day kira okay la have fun sangat kerja dah lah berapa jam je kan kerja... Tapi kalau dapat yang kurang have fun macam yang hari ni. So, nampaknya korang kena sabar banyak2...istigfar dalam hati.. Sebab Kak Ann orang baru, jadi diorang tak berapa nak ramah mesra sangat la...

Ada jugak benda yang Kak Ann tak puas hati kat sini. Ya lah! Kak Ann orang baru kot! Ada ke patut diorang paksa Kak Ann buat kerja2 susah dengan sekali ajar? Dia ingat Kak Ann ni Boboboi ke?! Lepas tu bila orang tanya apa2 buat muka macam penat sangat nak jawab. Kak Ann tanya benda simple je kot yang Kak Ann was2 takut silap buat. Dari Kak Ann kena marah sebab memandai lebih baik Kak Ann kena marah sebab tak pandai buatkan? Sebab Kak Ann dah tanya,tapi diorang buat2 tak tau je, not my problems.. 😝

Okay itu kes yang pertama, kes yang kedua. Staff2 hari Kak Ann dah bagi taukan tak best. Memang tak best! Muka ya Allah! Kelat semacam... Apa terok sangat ke budak baru? Eh,Kak Ann pun penah jadi senior kat orang baru kerja tau! Kak Ann layan diorang elok je... Menyampah! Hebat sangat ke korang yang dah lama kerja tu? Kalau muka kelat sebab penat kerja tak apa la.. Ni tak sampai 5 minit muka dah kelat, kalau dengan semua orang ya la Kak Ann anggap dia mungkin ada masalah peribadi ke apakan.. Ni masalahnya, dengan Kak Ann jee!!! Nampak tak perangai anti budak baru? So, sila meninggal.

Kak Ann sabar je.. Tak apalah, orang tak nak senyum kat kita, kita senyum je kat dia... Biar dia rasa lain macam dengan perangai dia... Orang dah buat baikkan? Takkanlah nak balas muka kelat, pekat, sendat? So, nasihat Kak Ann siapa yang orang baru kerja dan ada pengalaman macam Kak Ann ni bersabar banyak2... Kak Ann ni keluar perasaan marah bila Kak Ann bercerita je... Hehehe.. Sebab bila diingatkan balik memang sakit hati... Tapi, kalau kes macam ni yang lepas biarlah lepas... Yang nak datang ni kita buat baik2... Haa.. Macam tu.. Macam peribahasa melayu buang yang keruh ambik yang jernih,  walaupun tak tau apa yang keruhnya tu kan...

Okay, ni je cerita pengalaman Kak Ann kerja dengan Domino's Pizza selepas 2 hari ni... Esok kerja lagi. Kalau ada cerita lagi Kak Ann update lagi k.. Bye! Muach! Love you all...

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Nk tanya ni krja dominos part time..so ada 3 bln kontark tk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa Kak Ann kerja tu takda kontrak. Cuma klau nk berenti kena bg notis seminggu... Skrg mungkin dh berubah.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Seminggu Bekerja Di Domino's Pizza

Gila Kerja di Domino's Pizza