Resepi Caramel Sticky Desert ala Domino's Pizza

Assalamualaikum... Hai... Apa khabar semua? Malam ni Kak Ann nak share Caramel Sticky Desert ala Domino's Pizza. Kenapa Kak Ann pilih resepi ni? Kak Ann ni bukan jenis suka sangat desert2 yang sticky entah apa2 ni... Tapi lepas Kak Ann terrrasa Caramel Sticky Desert kat tempat kerja, ops! Bekas tempat kerja sabab Kak Ann dah berenti semalam. Jadi bagi Kak Ann rasa kek tu unik! Dan Kak Ann minat gilaa..  Nak beli situ mahal, sebiji kek bekas bulat kecik tu RM7.50. So, baik buat sendirikan?

Jadi bermulalah pencarian resepi Kak Ann di Uncle Google, facebook, twitter, wechat, wasap and last sekali Youtube! Jadi, dalam banyak-banyaj resepi yang Kak Ann jumpa rasanya yang Kak Ann tengok dalam youtube ni antara yang paling senang. Lagi pun mat salleh ni memang suka meringkaskan segala macam masakkan. Siapa nak tonton boleh search Simple Cooking Channel atau Simple Cooking Channel Merchandise

Bahan-bahan:

300ml air
350grm kurma cincang kasar
1 sudu teh baking soda
75grm Mentega/Butter
2 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula perang

Cara menyediakannya:

1. Masukkan air dan kurma ke dalam periuk dan didihkannya.
2. Tutup api dan masukkan baking soda(tak perlu tunggu hingga sejuk) dan kacau.
3. kemudian, masukkan 75gram mentega/butter dan kacau lagi hingga cair dan sebati.
4. Masukkan telur yang dipukul ringan, jangan pukul sampai kembang, tak perlu tunggu adunan sejuk juga. Kemudian, kacau pantas adunan supaya telur tak masak.
5. Masukkan tepung naik sendiri dan gula perang dan gaul sebati semuanya.
6. Sapu loyang pembakar dengan sedikit minyak atau apa-apa cara supaya kek mudah untuk dikeluarkam dari loyang. Kemudian, masukkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 290•-360• selama 25-30 minit.

Sos Caramel

60gram butter
½ gula perang
200ml whipping cream/heavy cream

1. Masukkan gula kedalam periuk dan masak sebentar sehingga mendidih.
2. Masukkan whipping cream/heavy cream perlahan kerana ia akan meruap. Hati-hati ketika memasukkan bahan dan kacau perlahan.
3. Akhir sekali tutup api dan masukkan butter dan kacau hingga sebati.

Curahkan sos caramel ke atas kek/puding setelah masak. Kek boleh dimakan semasa panas atay sejuk. Ikut keadaan. Okay itu je dari Kak Ann. Selamat mencuba!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Seminggu Bekerja Di Domino's Pizza

Okay Tak Kerja Dominos?

Gila Kerja di Domino's Pizza